[Laporan Daurah Perdana dan Lawatan Delegasi MAINS ]

[Laporan Daurah Perdana dan Lawatan Delegasi MAINS ]
23 Mac 2018 - Telah berlangsung Daurah Perdana dan Majlis Ramah Mesra ahli MTPANSM bersama delegasi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah, Mesir.
Daurah Perdana yang berjalan selama 2 malam dengan tajuk kitab Nilai Masa di Sisi Ulama' ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr Haji Shuhadak bin Mahmud di Dewan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, RNSK.
Semoga kupasan daripada terjemahan kitab ini dapat kita terapkan dalam kehidupan seharian kita sebagai penuntut ilmu.
Setelah itu, Majlis Ramah Mesra secara dua hala antara ahli MTPANSM dengan delegasi MAINS di Dewan Sheikh Abdul Qadir Al Jailani adalah untuk mendengar amanat-amanat yang ingin disampaikan daripada pihak MAINS kepada semua anak-anak Negeri Sembilan serta menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan di antara dua-dua belah pihak.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan daripada pihak Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atas kesudian melawat anak-anak Negeri Sembilan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah, Mesir.
Semoga hubungan MTPANSM dengan MAINS terus kukuh untuk memajukan bangsa, agama dan negara.
Sekian, terima kasih.
"Beriman, Berilmu, Beramal"
Disediakan oleh,
MTPANSM 17/18





















Comments

Popular posts from this blog

CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) SESI 2016/2017

Forum Perdana.