Isnin, 13 Januari 2014 : Majlis Tertinggi Pengurusan
Anak-anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah menganjurkan satu majlis khas
untuk meraikan Encik Kamal Amran Kamarudin, Setiausaha Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan (MAINS). Beliau hadir bersama isteri, Ustaz Omar Mukhtar bin Md
Yunos (Pegawai Hal Ehwal Islam MAINS), dan En Ainul Amriz bin Ismail (Ketua
Biro Utusan Malaysia Negeri Sembilan).
 |
Setiausaha MAINS bersama Pegawai Khas Kebajikan Timur Tengah |
Beliau dijadualkan
untuk menghadiri Muktamar Islamiah di Afrika Selatan bersama mantan Perdana
Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah mengambil peluang untuk
melawat Rumah Negeri Sembilan Kaherah selama 3 hari. Beliau juga telah berjumpa
dengan TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Pengarah Education Malaysia Egypt
untuk membincangkan hal-hal akademik dan kebajikan para pelajar Negeri
Sembilan.
 |
bersama TYT Duta Besar Malaysia |
Bertepatan dengan Hari Keputeraan Rasulullah pada hari ini,
pihak MTPANSM telah melaksanakan satu slot khas yang disampaikan oleh Ustaz
Helmi Haris, mahasiswa Master Usuluddin Universiti Al-Azhar sebelum majlis
ramah mesra berlangsung. Antara perkara penting yang disampaikan adalah
cara-cara menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah melalui sirah Nabi.
Majlis
Ramah Mesra dimulakan dengan bacaan madeh oleh para mahasiswa Negeri Sembilan
untuk memberkati majlis. Seterusnya, Pengerusi MTPANSM, Ustaz Abdul Rahim bin
Sabtani memberi ucapan ringkas berkenaan sambutan yang baik daripada ahli-ahli
MTPANSM. Selepas itu, Pegawai Khas Kebajikan ke Timur Tengah menyampaikan
peringatan dan maklumat terbaru berkenaan keselamatan di Mesir.
 |
Para mahasiswa turun memeriahkan majlis Maulidur Rasul |
 |
Bacaan qasidah dari anak-anak Negeri Sembilan |
Ucaptama Encik Kamal Amran pula lebih menjurus kepada
pembentukan akhlak dan kepimpinan para mahasiswa di Mesir. Beliau memberitahu
bahawa MAINS akan tetap menaja pelajar ke Mesir pada sesi akan datang berikutan
pandangan daripada TYT Duta ketika pertemuan bersamanya. Beliau juga
memaklumkan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan tidak dapat hadir ke Mesir
dalam masa yang terdekat kerana faktor kesihatan.
 |
Ucapan dari Setiausaha MAINS |
Sesi soal jawab telah
diadakan pada slot terakhir Majlis Ramah Mesra untuk membuka ruang kepada para
mahasiswa bertanya soalan kepada Encik Kamal Amran. Beliau menjawab bahawa
masalah yang dihadapi oleh 3 orang mahasiswi Pengajian Islam yang tidak dapat
masuk peperiksaan untuk fasa pertama telah sampai ke pihak yang berwajib.
Beliau akan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Akhir sekali, sesi bergambar
telah dijalankan, serta para mahasiswa disajikan dengan makanan dan seterusnya
bersurai.
 |
Sesi soal jawab |
 |
bergambar bersama mahasiswa |
 |
bergambar bersama mahasiswi |
Comments
Post a Comment