Posts

Showing posts from April, 2012

Jom Jadi Pelajar Muslim Cemerlang!

Image
Kaefa haalukum? Dah bersedia untuk menghadapi imtihan? Di sini terdapat beberapa tips menjadi pelajar cemerlang,dengan lafaz bismillah…jom kita sama-sama praktik dan amalkan..! 1)         Memperbetulkan dan meluruskan niat - iaitu belajar untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. - Dunia adalah tempat persinggahan sebelum menuju kehidupan kita yang sebenar- akhirat, tanpa niat yang soleh dalam setiap amalan kita, maka tiadalah nilainya di sisi ALLAH swt. Ciri-ciri pelajar yang mempertulkan niat: - Bersungguh-sungguh dan fokus dalam setiap amalan. - Tetap menjaga hubungan dengan ALLAH walaupun setelah selesai imtihan dan mengisi waktu dengan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada iman. Ciri-ciri pelajar yang tidak memasang niat yang soleh: - Tidak bersungguh-sungguh. - Setelah selesai imtihan mereka mula melupakan ALLAH dengan melakukan perkara-perkara lagha dan maksiat menonton movie,ikhtilat dan membazir waktu dengan perka-perkara yang tidak berfaedah se

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIAH SOLEHAH, KEMPEN MEMBACA DAN SAMBUTAN SANAH HELWA

Image
Pada hari Ahad 8 April 2012 bertempat di Dewan Syeikh Abdul Qadir Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah diadakan Majlis Perasmian Kempen Biah Solehah 2012, Kempen Membaca dan Sambutan Sanah Helwa. Kempen Biah Solehah 2012 telah dianjurkan di bawah kelolaan Unit Dakwah dan Tarbiah MTPANS (UDT) manakala Kempen Membaca telah dianjurkan di bawah Unit Pendidikan MTPANSM.   Semua  mahasiswa dan mahasiswi  yang tinggal di Rumah Negeri Sembilan Kaherah dan juga rumah-rumah sewa menghadirkan diri sebagai tanda sokongan terhadap program yang dianjurkan.  Antara hadirin yang hadir Pengerusi majlis, ustaz Ibrahim  Bacaan doa oleh Ustaz Haniff Kempen Biah Solehah 2012 ini bertemakan “ Islam di Hati, Biah diaplikasi”. Objektif kempen ini adalah mewujudkan suasana dan persekitaran yang islamik dalam kalangan anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Mesir. Lima prinsip telah dikemukakan sebagai elemen utama sepanjang setahun berjalannya kempen ini.    Prinsip-prinsip 

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIAH SOLEHAH 2012, KEMPEN MEMBACA DAN SAMBUTAN SANAH HELWA

PERHATIAN!!! MAKLUMAN PROGRAM MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIAH SOLEHAH 2012, KEMPEN MEMBACA DAN SAMBUTAN SANAH HELWA. TARIKH : 8 APRIL 2012 HARI : AHAD MASA : 8.00 MALAM TEMPAT : DEWAN ABDUL QADIR AL-JAILANI RNSK Tentatif program. - Ucapan pengerusi majlis. - Bacaan doa - Ucapan pengarah Kempen Biah Solehah -  Ucapan pengarah Kempen Membaca -  Ucapan perasmian oleh pegawai kebajikan Timur Tengah - Gimik pelancaran Kempen Biah Solehah - Tayangan Video Kempen Biah Solehah - Penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Artikel sempena Maulidurrasul - Tayangan video Kempen Membaca - Sambutan Sanah Helwa - Jamuan - Majlis bersurai.