PUASA SUNAT TASUA’ DAN ASYURA

Dari Ibnu Abbas r.a katanya , ketika Nabi SAW tiba di Madinah , baginda sallallahu alaihi wasalam tiba di Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi sallallahu alaihi wasalam bertanya ,
Hari apakah ini”. Jawab mereka , “Hari ini adalah hari yang baik .Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israel dari musuh mereka kerana itu Nabi Musa alaihissalam berpuasa kerananya”.
 Sabda Nabi sallallahu alaihi  wasalam , “Aku lebih berhak mengikut jejak langkah Nabi Musa alaihissalam daripada kamu.” Hadis riwayat Bukhori.



Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radiallah anhu katanya ,Rasulullah sallallahu alaihi wasalam berpuasa pada hari Asyura dan menyeru agar berpuasa pada hari itu. Lalu para sahabat berkata,
Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari itu adalah hari kebesaran Yahudi dan Nasrani .”
Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wasalam berkata , “Apabila tahun hadapan menjelang, dengan izin Allah kita akan berpuasa pada hari ke-9.”
Berkata Ibnu Abbas, “Tidak sampai tahun hadapan sehinggalah Nabi sallallahu alaihi wasalam  diwafatkan.” Hadis riwayat Muslim. 




PUASA JAMA’IE SEMPENA HARI TASUA’ DAN ASYURA (9 DAN 10 MUHARAM)

TARIKH : 4 & 5 .12.2011 (AHAD DAN ISNIN)

IFTOR JAMA’IE

PADA        : 5 DISEMBER 2O11

BAYARAN : LE 1 (ikhwah: Ust. Mohd Auf,
                                       akhawat: Ustzh. Asikin Alowey)

·      Juadah akan disediakan oleh setiap syaqah



TENTATIF SAMBUTAN HARI ASYURA 1433 H RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (5 DISEMBER 2011).

4.55 Petang      : Iftor Sughro

5.15 Petang      : Solat Maghrib

5.30 Petang      : Iftor Kubro

6.20 Petang      : Solat Isyak

6.45 Petang      : Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran

7.00 Malam     : Ceramah Sempena Tahun Baru dan 
                             Hari Asyura
                             Oleh: Syeikh Asyraf Hamid Hasanain

8.00 Malam     : Bacaan Madeh

8.15 Malam     : Majlis Berakhir











Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]