SENARAI NAMA YANG TELAH DIPAMERKAN PADA TARIKH 19 MARCH 2011 UNTUK TRIP 7 (23/3/2011) DAN TRIP 8 ( 25/3/2011) ADALAH TERBATAL SERTA MERTA.SILA RUJUK SENARAI NAMA TERBARU UNTUK TRIP 7 DAN 8.MAAF..KESULITAN AMAT DIKESALI.
[IMTIHAN QABUL AL AZHAR] 21 April 2018- Telah berlangsung imtihan qabul untuk mahasiswa Negeri Sembilan baharu yang bertempat di Pusat Bahasa Sheikh Zayed, Hayyu Sadis Madinat Nasr. Ucapan tahniah dan semoga berjaya daripada pihak MTPANSM kepada mahasiswa baharu 18/19 dalam memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. "Beriman, Berilmu, Beramal" Disediakan oleh, MTPANSM 17/18
[ZIARAH MAHABBAH ] Rabu, 25 /04 /2018 -Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir yang dikendalikan oleh Exco Perumahan & Kebajikan MTPANSM telah menziarahi ke rumah Saudara Ahmad Faiz Hafidzi bin Zainal Ariffin. Lawatan ini bertujuan bagi menziarahi saudara Faiz atas penimangan cahaya mata pertama beliau, Ahmad Rayyan. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami dan memberi layanan yang terbaik dan selesa di samping menjalankan tanggungjawab seharian sebagai pelajar dan ibu bapa. Marilah bersama-sama kita menziarahi saudara dan sahabat kita dalam mengukuhkan lagi ikatan silaturahim yang telah terjalin. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Exco Perumahan & Kebajikan MTPANSM 17/18
Bersyukur pada Allah s.w.t atas pinjaman pelbagai nikmat yang dikurniakanNya.sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah kita kecapi selama ini.Bersyukur juga kerana kita telah dipanjangkan umur sehingga ke hari ini dengan harapan agar usia ini mampu dipenuhi dengan kekuatan amalan & takwa.. Hari ini kita telah pun sampai kepada hari yang baru, bulan yang baru, tahun yang baru iaitu 1 muharram 1431 H.Kesempatan ini saya mengucapkan Kullu Sanah Entum Toyyibun kepada semua sahabat-sahabat pelajar N.Sembilan di bumi mesir ini. Dikesempatan ini juga saya meingatkan diri saya serta sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama tanamkan azam pasangkan niat untuk menjadi lebih cemerlang dalam semua sudut baik dari sudut ibadah,akhlak mahupun pelajaran..jika kita hayati bacaan doa awal tahun yg kita telah baca ,kita memohon kepada Allah agar diberi kekuatan melawan hawa nafsu,diberi kekuatan dalam memperbanyakkan ibadat padaNYA..semua ini tidak...
Comments
Post a Comment