Sesi Motivasi
MANTAP!
Itulah deskripsi utama yang boleh disimpulkan melalui sesi motivasi yang diadakan di Surau RNSK semalam bersamaan 7 Januari 2010 selepas isyak. Bersempena dengan musim imtihan yang menjelang tiba, pihak pengurusan Rumah Negeri Sembilan Kaherah berhasrat untuk menganjurkan sesi motivasi ringkas untuk anak-anak Negeri Sembilan bagi meningkatkan semangat masing-masing untuk menghadapi peperiksaan.
Sesi motivasi yang dijalankan secara santai dan relax itu disampaikan oleh Prof. Dr. Hassan Basri, Pengarah Department Malaysian Studies, Cairo University. Majlis pada malam itu dimulakan dengan ucapan Ayahanda, Tuan Hj. Mohd. Zin bin Abu. Sesuatu yang menarik mengenai ucapan Ayahanda ialah beliau mengambil kata-kata dari Profesor Diraja Ungku Aziz: Pemikiran orang Melayu ni cukup cantik. Cuma dibonsaikan...
Apakah maksud dibonsaikan? Marilah kita selaku anak Melayu yang menuntut ilmu sama-sama fikirkan. Semoga kita dapat memanfaatkan akal dan minda kurniaan Allah untuk kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia.
Sedikit info mengenai Prof. Dr. Hassan Basri. Beliau berasal dari Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan awal di situ. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian menengah di Kolej Islam Klang. Beliau menuntut di Universiti Kuwait dalam bidang Bahasa Arab, kerana sangat meminati bahasa ibunda Rasulullah S.A.W. Kemudian, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Master dan PhD dalam bidang Pendidikan di Edinburgh, Scotland. Beliau pernah menjadi pakar rujuk bagi bahagian peperiksaan dan merupakan panel di beberapa universiti tempatan. Keseluruhannya, beliau merupakan seorang yang memiliki banyak pengalaman dalam bidang ilmu dan pendidikan, serta banyak menyumbangkan idea dan ilmu di dalam dan luar negara.
Antara perkara utama yang ditekankan oleh Prof. Dr. Hassan Basri ketika berucap ialah mengenai solat jemaah. Kata beliau, solat subuh secara berjemaah merupakan kekuatan untuk setiap individu dan umat Islam. Beliau memberikan contoh mengenai kekuatan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan Kota Constantinople (Istanbul). Mereka tidak pernah meninggalkan solat fardhu secara berjemaah. Melalui amalan tersebut, mereka memiliki kekuatan fizikal, mental dan spiritual yang membolehkan mereka menjadi tentera yang paling kuat dan hebat, seperti dalam sabda Rasulullah. Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran melalui amalan mulia tentera Islam ini. Aplikasikan solat secara berjemaah dalam diri dan insyaAllah, kita akan memiliki kekuatan yang membolehkan kita berjaya dalam perjuangan membina kehidupan. Kita perlulah berjemaah dalam usaha untuk berjaya, agar kita dapat mencapai kejayaan bersama-sama dan seterusnya memberi sumbangan kepada Islam dan umat Islam.
Beliau turut mengungkapkan hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Dua jenis manusia yang paling berjaya disisi Allah dan Rasulullah: Pertama, orang yang diberikan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain. Kedua, orang yang diberikan rezeki dan menggunakan rezekinya pada jalan Allah. Menjadi kaya itu sesuatu yang dituntut dan jihad ekonomi itu merupakan jihad asas. Mari kita sahut seruan jihad!
Prof. Dr. Hassan Basri turut mengingatkan kita supaya tidak mengamalkan LAST MINUTE STUDY. Kata beliau, tindakan tersebut amat berbahaya dan boleh menjejaskan kita semasa menduduki peperiksaan. Beliau juga menyarankan kita agar menggunakan cara belajar yang tersendiri dan tidak meniru cara belajar orang lain kerana hakikatnya, manusia tidak sama dan lebih selesa dengan cara sendiri.
Secara keseluruhannya, sesi motivasi pada malam itu memberikan input yang banyak dan amat positif serta bermanfaat sebagai peniup semangat untuk kita menghadapi imtihan yang akan datang. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan daripada Allah. Salam kecemerlangan dari kami, pihak MTP. Bittaufiq wannajah buat semua anak-anak Negeri Sembilan.

man top!
ReplyDeletemanteep..sila baca dengan imalah sket
ReplyDelete"mang"...denggung
ReplyDelete"tobb"...qolqolah kubro bkn sughro
Maaatoop..adakah ia serupa mat top?
ReplyDeleteNampaknye anak2 Negeri Sembilan berjaya keluar dari kepompong pemikiran yg bonsai melalui isu perkataan 'mantap'. Ish3....
ReplyDeletemenatap wajahmu - arill
ReplyDelete