Posts

Showing posts with the label laporan

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BAHARU (PSMB) 2016/2017

Image
30 September dan 1 Oktober 2016 - Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2016/2017. Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah, bermotivasi , berdaya saing dan bertanggungjawab dengan mengadakan slot-slot motivasi dan sebagainya. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan berpersatuan dan suasana  hidup di bumi Mesir supaya mahasiswa/wi baharu bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di Ardul Kinanah ini. Seterusnya, program ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah antara pelajar baharu dengan pelajar-pelajar lama khususnya pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini. 30 September 2016, Jumaat. Seramai 11 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring yang menyertai rombongan ini telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah yang terdiri d...

LAPORAN PROGRAM IHTIFAL AIDIL ADHA (IhADH) 2016

Image
Pada 12 September 2016 yang lalu, Exco Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang diberi nama Ihtifal Aidil Adha (IhADH) 2016. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk menghidupkan ibadah korban yang sinonim dengan Hari Raya Aidil Adha, menterjemahkan pengajaran dari pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ke dalam realiti kehidupan masa kini serta menerapkan sikap patriotisme dan cintakan tanah air, seterusnya  mengeratkan ukhuwah diantara anak-anak Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini. Tema program pada kali ini ialah “Pengorbanan Dalam Kemerdekaan”. Ihtifal Aidil Adha kali ini diadakan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Seawal jam 5.00 pagi, penghuni RNSK telah bergerak ke Masjid Libi untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya bersama warga tempatan Mesir. Pulang dari solat sunat, para penghuni telah mengadaka...

Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016

Image
Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016 7-10 Oktober 2015 - Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan MTPANSM telah menganjurkan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016. Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah, bermotivasi, berdaya saing dan bertanggungjawab dengan mengadakan slot-slot motivasi dan sebagainya . Selain itu, program ini juga betujuan untuk memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan berpersatuan  dan suasana hidup di bumi Mesir supaya mahasiswa/wi baharu bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di ardul kinanah ini. Seterusnya, program ini diadakan bagi mengeratkan ukhwah antara pelajar baharu dengan  pelajar-pelajar lama khususnya pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini. 7 Oktober 2015, Rabu. Seramai 8 orang pelajar tajaan MAINS telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah yang terdiri daripad...

ZIARAH MAKAM

Image
LAPORAN ZIARAH MAKAM Pada hari Sabtu, 31 Januari 2015 yang lalu bersamaan 11 Rabi’ul Akhir 1436 Hijrah, Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/15 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan telah menganjurkan ziarah makam di sekitar Kaherah. Anak-anak  Negeri Sembilan Kaherah Mesir seramai 45 orang dan 4 buah tremco serta 1 tremco rombongan dari Malaysia telah menyertai program ini.                 Tujuan ziarah makam ini diadakan adalah untuk mengenali ulama’ dan auliyaa’ terdahulu serta menambahkan lagi rasa cinta terhadap mereka. Selain itu, program ini juga dapat saling mengeratkan silaturrahim antara ahli.                 Ziarah bermula pada jam 9 pagi dan dikondusikan oleh Saudara Hafiz bin Zainal Abidin, Kuliah Tahun 4, Lughah, Universiti Azhar. Sebanyak  10 makam utama telah diziarahi antaranya ialah Maq...

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH UMUM BERSEMPENA IMTIHAN

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH UMUM  BERSEMPENA IMTIHAN (BIAH SOLEHAH) Cairo, 25 Disember, Khamis – Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/2015 telah menganjurkan majlis  bacaan yaasin dan tazkirah umum bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Majlis bermula setelah selesai solat maghrib berjemaah bertempat di Dewan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.                 Majlis bacaan yasin dipimpin oleh Ustaz Izzat Qiwamuddin bin Huzaizi. Rintihan doa dipanjatkan agar diberikan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, juga semoga urusan imtihan berjalan dengan lanc a r dan mudah sehingga ke penghujumgnya. Di samping itu, majlis bacaan yasin ini juga bertujuan untuk mendoakan mangsa banjir di Malaysia agar mereka sentiasa kuat dalam diuji dengan cubaan yang berat ini.                 Seterusnya, majlis diterusk...

PERTANDINGAN PIALA PENGERUSI 2014

Image
Pada 5 Disember 2014, Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan di bawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan satu pertandingan sukan bola jaring (akhawat) dan futsal (ikhwah), iaitu program piala pengerusi yang berlangsung di nadi syabab dan  terbuka kepada ahli MTP Negeri Sembilan.      Pertandingan bola jaring bagi peserta akhawat bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 10.00 pagi, manakala pertandingan futsal bagi peserta ikhwah bermula dari pukul 7.30 malam sehingga pukul 11.00 malam.      Pembukaan program Piala Pengerusi 2014 telah dirasmikan oleh Pn.Hjh Hamidah Binti Puteh (ibu), dan penutup bagi Piala Pengerusi 2014   telah dirasmikan oleh Tn,Hj Abdul Hamid Bin Jaman (ayah). Pertandingan bola jaring  bagi akhawat ,berlangsung dengan meriah sekali. Para peserta bermain dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat. Pertandingan bola jaring ini dijalankan secara liga iaitu sebanyak 4 kump...

Program Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM 14/15 & Sijil Penghargaan MTPANSM 13/14, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa

Image
16 NOVEMBER 2014, AHAD -  Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Program ‘Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM sesi 2014/2015 & Sijil Penghargaan MTPANSM sesi 2013/2014, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa dengan meriahnya di perkarangan Dewan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK). Program telah bermula pada jam 7.10 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Zalazfian, Warden Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Al-Ghazalli bin Abdol Malek , disusuli dengan ucapan oleh Saudara Abdul Rahim bin Sabtani, Pengerusi MTPANSM sesi 2013/2014. Beliau berterima kasih dengan pengurusan dan gerak kerja kepimpinan sesi tersebut dan berharap konsistensi program-program ilmiah serta aktiviti yang berasaskan kebajikan mahasiswa dapat diteruskan dan d...

LAPORAN KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE AFTER EFFECT

LAPORAN KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE AFTER EFFECT.           Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir dibawah kelolaan Unit Teknikal dan ICT telah menganjurkan satu kursus iaitu kursus adobe photoshop dan adobe after effect .Kursus ini telah dijalankan selama 4 hari dari tarikh 15 hingga 16 dan 22 hingga 23 Mac 2013.Ia disertai seramai 30 org peserta dari kalangan ikhwah dan akhwat yang mana kesemuanya adalah anak Negeri Sembilan sendiri.Kursus ini adalah yang julung kalinya dianjurkan oleh unit teknikal dan ICT MTPANSM.           Antara objektif kursus ini dijalankan adalah ingin memberi pendedahan kepada anak negeri mengenai penggunaan software adobe photoshop dan adobe after effect .Selain itu,ia bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat pelajar-pelajar Negeri Sembilan di Mesir dari segi kemahiran mencipta design dan penggubahan video disamping merapatkan lagi ukhwah sesam...

LAPORAN PROGRAM MAJLIS PENGHARGAAN PERUBATAN (MPP) Generasi I

Image
19 FEBRUARI 2013- Selasa, Exco Kebajikan Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Majlis Penghargaan Perubatan Generasi I yang bertempat di musolla Rumah Anak-Anak Negeri Sembilan. Program ini merupakan upacara kali pertama diadakan oleh MTPANSM selama penubuhan persatuan ini. Dari kiri: Ain Arshad, Safura Idris, Duratul'ain, Roamadona (Graduan) , Auf (Pengerusi MTPANSM), Rahim Rahman (Pengerusi Majlis)           Pada tahun 2006, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menghantar sejumlah anak-anak Negeri Sembilan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di bumi Mesir. Selama 6 tahun dan 5 bulan, mereka berjuang dalam medan ilmu, akhirnya lahirlah 13 orang graduan yang menggulung Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan. Mereka terdiri daripada 4 orang lelaki dan 9 orang perempuan.          MPP kali pertama ini diadakan dengan sambutan yang ringkas ...

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434

Image
LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434 3 FEBRUARI 2013- Ahad, Exco Dakwah dan Tarbiah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah mengadakan program sambutan sempena Maulidur Rasul s.a.w. yang bertempat di musolla Rumah Anak-Anak Negeri Sembilan. Program ini telah merupakan acara yang wajib diadakan oleh Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak negeri Sembilan Mesir pada setiap tahun. Alhamdulillah pada tahun ini program ini dapat lagi dijalankan seperti biasa. Pengerusi majlis Pada sambutan kali ini, Syeikh Sa’ad Sa’ad Jawish telah menjadi undangan untuk memberikan ceramah sempena Maulidur Rasul s.a.w. Program dimulakan dengan solat jemaaah maghrib yang diimamkan oleh al-fadhilatus syeikh sendiri. Lebih kurang ratusan manusia kelihatan telah membanjiri Musolla Rumah Anak-Anak Negeri Sembilan. Antara para tetamu yang hadir Seterusnya program dibuka dengan dendangan madeh yang cukup menyentuh jiwa bagi hati-hati yang merindukan Bagin...

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIAH SOLEHAH, KEMPEN MEMBACA DAN SAMBUTAN SANAH HELWA

Image
Pada hari Ahad 8 April 2012 bertempat di Dewan Syeikh Abdul Qadir Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah diadakan Majlis Perasmian Kempen Biah Solehah 2012, Kempen Membaca dan Sambutan Sanah Helwa. Kempen Biah Solehah 2012 telah dianjurkan di bawah kelolaan Unit Dakwah dan Tarbiah MTPANS (UDT) manakala Kempen Membaca telah dianjurkan di bawah Unit Pendidikan MTPANSM.   Semua  mahasiswa dan mahasiswi  yang tinggal di Rumah Negeri Sembilan Kaherah dan juga rumah-rumah sewa menghadirkan diri sebagai tanda sokongan terhadap program yang dianjurkan.  Antara hadirin yang hadir Pengerusi majlis, ustaz Ibrahim  Bacaan doa oleh Ustaz Haniff Kempen Biah Solehah 2012 ini bertemakan “ Islam di Hati, Biah diaplikasi”. Objektif kempen ini adalah mewujudkan suasana dan persekitaran yang islamik dalam kalangan anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Mesir. Lima prinsip telah dikemukakan sebagai elemen utama sepanjang setahun berjalannya ke...