Posts

Showing posts from April, 2014

KALAM TAUJIHAT SEMPENA IMTIHAN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD ABDUN NABIY

Image
AHAD, 27 APRIL 2014 - Bahang imtihan semakin terasa. Semua mahasiswa/wi Al-Azhar Mesir khususnya anak-anak Negeri Sembilan bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran. Rumah Negeri Sembilan Kaherah kini penuh dengan kelas tutorial untuk persediaan menghadapi imtihan. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan menjalankan program “Kalam Taujihat Sempena Imtihan” yang disampaikan oleh pensyarah Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, al-Fadhil al-Syeikh Muhammad Abdun Nabiy.                  Program dimulakan dengan bacaan surah Yasiin dan Tahlil serta Doa yang dipimpin oleh al-Fadhil al-Syeikh selepas solat Maghrib berjemaah. Selesai bacaan Yasiin dan Tahlil tersebut, bermula Kalam Taujihat daripada beliau.                 Antara nasihat yang disampaikan oleh beliau ialah mengingatkan kepada seluruh mahasiswa/wi yang hadir pada ketika itu bahawa kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Selain daripada itu, beliau berpesan sup

JEJAK AULIA' DI BAHNASA 2014

Image
Pada 6 April 2014 yang lepas, Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan di bawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan satu jaulah menziarahi maqam para sahabat dan auliya’ di Bahnasa.  Peserta yang menyertai jaulah ke Bahnasa ini seramai 81 orang dengan menaiki dua bas.  Perjalanan menuju ke Bahnasa bermula seawal jam satu pagi.  Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai ke destinasi.  Setibanya di sana, para peserta dengan diiringi guide tour menunaikan solat subuh secara   berjemaah. Seusai solat subuh secara berjemaah, para peserta telah melaksanakan majlis tahlil secara ringkas serta malantunkan qasidah iaitu puji-pujian kepada Rasullullah s.a.w  sehingga masuknya waktu dhuha. Setelah itu para peserta menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah.  Ziarah maqam bermula sekitar jam 7 pagi sehingga jam 11 pagi. Ketua rombongan menerangkan serba sedikit tentang kawasan yang bernama Bahnasa ini di mana kawasan ini

MAJLIS SELAWAT BERSAMA SYEIKH MAHMUD SAID MAMDUH

Image
Pada 4 April bersamaan 4 Jamadil Akhir Exco Dakwah dan Tarbiyyah telah mengadakan Majlis Sambutan Maulid Nabi, Tausiah dan Riwayat Hadis Musalsal bersama dengan jemputan khas Fadhilatu  Asyyeikh Al Alamah Al Muhaddith Mahmud Sai’d Mamduh. Majlis telah diadakan di Dewan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani bermula dari jam 8 malam dan berakhir pada 9.30 malam.Selain itu, majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan dendangan selawat dan puji-pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam yang dipersembahkan oleh Kumpulan Zawiyyah.Akhir sekali, majlis berakhir dengan jamuan bubur lambuk untuk para tetamu yang hadir.Semoga program ini dapat diteruskan lagi dengan menjemput para alim ulama untuk para mahasiswa dan mahasisiwi untuk mengambil ibrah dan barakah.Firman Allah Taala di dalam Surah Al Faathir ayat 28 yang bermaksud “ Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya , hanyalah Ulama."