LAPORAN PROGRAM MAJLIS PENGHARGAAN PERUBATAN (MPP) Generasi I
19 FEBRUARI 2013- Selasa, Exco Kebajikan Majlis Tertinggi Pengurusan
Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Majlis
Penghargaan Perubatan Generasi I yang bertempat di musolla Rumah
Anak-Anak Negeri Sembilan. Program ini merupakan upacara kali pertama
diadakan oleh MTPANSM selama penubuhan persatuan ini.
MPP kali pertama ini
diadakan dengan sambutan yang ringkas tapi bermakna untuk para graduan.
MPP dimulakan selepas solat Maghrib dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat
oleh Exco Dakwah dan Tarbiah. Selepas menunaikan solat Isya’, MPP
bersambung dengan acara dewan yang menghimpunkan kalam-kalam berharga
dari wakil pegawai, pengerusi MTPANSM, serta graduan yang hadir pada MPP
pada malam itu.
Graduan yang hadir pada MPP kali ini seramai 4 orang sahaja yang terdiri daripada Romadonazikri bin Aslim (Mansurah), Nurul Ain bte Arshad (Mansurah), Siti Safura bte Haji Idris (Mansurah), dan Duratul’ain bte Mohamad Nazri (Zaqaziq). Kebanyakan graduan yang tidak dapat hadir pada MPP ini adalah kerana mereka menunaikan ibadah umrah.
MTPANSM mengharapkan majlis ini dapat diadakan pada tahun akan datang kerana ini merupakan antara salah satu medium yang boleh menghimpunkan anak-anak Negeri Sembilan tanpa batasan pengajian. Akhir kalam, MTPANSM menyeru kepada semua ahli supaya menjadikan mereka yang berjaya pada tahun ini sebagai penanda aras untuk terus mencari ilmu di bumi Mesir ini.
Dari kiri: Ain Arshad, Safura Idris, Duratul'ain, Roamadona (Graduan) , Auf (Pengerusi MTPANSM), Rahim Rahman (Pengerusi Majlis)
Pada tahun
2006, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menghantar
sejumlah anak-anak Negeri Sembilan untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang Perubatan di bumi Mesir. Selama 6 tahun dan 5 bulan, mereka
berjuang dalam medan ilmu, akhirnya lahirlah 13 orang graduan yang
menggulung Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan. Mereka terdiri
daripada 4 orang lelaki dan 9 orang perempuan.
Ucapan salah seorang Graduan, Ain Arshad
Graduan yang hadir pada MPP kali ini seramai 4 orang sahaja yang terdiri daripada Romadonazikri bin Aslim (Mansurah), Nurul Ain bte Arshad (Mansurah), Siti Safura bte Haji Idris (Mansurah), dan Duratul’ain bte Mohamad Nazri (Zaqaziq). Kebanyakan graduan yang tidak dapat hadir pada MPP ini adalah kerana mereka menunaikan ibadah umrah.
Penyerahan cenderamata kepada graduan oleh Ustaz Ahmad Badrulhisham
MTPANSM mengharapkan majlis ini dapat diadakan pada tahun akan datang kerana ini merupakan antara salah satu medium yang boleh menghimpunkan anak-anak Negeri Sembilan tanpa batasan pengajian. Akhir kalam, MTPANSM menyeru kepada semua ahli supaya menjadikan mereka yang berjaya pada tahun ini sebagai penanda aras untuk terus mencari ilmu di bumi Mesir ini.
Gambar kenangan untuk tatapan anak-anak cucu satu hari nanti
Comments
Post a Comment