[TUKAR SELEGHO DAN IFTAR JAMAIE]

[TUKAR SELEGHO DAN IFTAR JAMAIE]

Khamis, 12/4/ 2018-Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan dibawah kendalian Exco Perumahan dan Exco Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan program "Tukar Selegho dan Iftar Jamaie". Program ini secara umumnya telah melibatkan penyertaan dari semua warga RNSK ikhwah dan akhawat.
Tujuan program ini dilaksanakan tidak lain dan tidak bukan untuk menerapkan nilai rukun tetangga sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim.
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ إِنَّ خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصَانِي إِذَا طَبَخْتَ مَرَقًا فَأَكْثِرْ مَاءَهُ ثُمَّ انْظُرْ أَهْلَ بَيْتٍ مِنْ جِيرَانِكَ فَأَصِبْهُمْ مِنْهَا بِمَعْرُوفٍ
Dari Abu Dzar beliau berkata: “Kekasihku telah berwasiat kepadaku, jika kamu memasak kuah daging maka perbanyak kuahnya kemudian lihat keluarga tetanggamu dan berikanlah sebagian kepada mereka dengan baik”
Tentatif program dimulai dengan setiap ketua rumah diminta untuk mencabut undian bagi menentukan rumah yang bakal mereka sajikan makanan. Setiap rumah juga dibekalkan sejumlah wang bagi membeli keperluan memasak, dan setiap ahli rumah perlu menyiapkan makanan tersebut pada keesokan harinya dan dikumpulkan di dewan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, RNSK. Kemudian program di teruskan dengan penyerahan makanan antara wakil rumah dan sesi bergambar.
Pihak MTPANSM terutamanya Exco Perumahan dan Exco Dakwah dan Tarbiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sekaligus menjayakan program ini. Semoga program ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
"Beriman,berilmu,beramal"
Disediakan oleh
Exco Perumahan
MTPANSM 2017/2018





Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]