Posts

Showing posts with the label Exco Teknikal

Kursus Adobe Photoshop Fasa 1

Image
Jumaat, 25 Disember 2015 - Exco Teknikal, ICT dan Promosi (ETECH) telah mengadakan Kursus. Adobe Photoshop untuk setiap ahli ETECH, dan semua ajk promosi setiap unit serta exco-exco yang berminat untuk menyertai. Seramai 25 orang pelajar telah berdaftar dan menyertai kursus ini. Kursus ini telah diadakan sebagai langkah awal untuk mendedahkan para exco dan ahli jawatankuasa promosi mereka berkenaan cara menyediakan iklan atau poster yang akan dijadikan bahan hebahan di media sosial seperti Facebook. Selain itu, kusus ini juga bertujuan memberikan pengetahuan berkenaan gerak kerja sinergi antara AJK promosi dan ETECH dalam menyediakan dan menghebahkan sebarang iklan atau promosi daripada unit masing- masing. Seterusnya, kursus ini juga diadakan untuk membentangkan tatacara dan pengurusan untuk menerbitkan iklan atau promosi ke media sosial. Ustaz Ahmad Hazim bin Abdul Mutalib sedang memberikan penjelasan mengenai Adobe Photoshop CS6.         ...