Posts

Showing posts with the label MTPANSM

Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016

Image
Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016 7-10 Oktober 2015 - Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan MTPANSM telah menganjurkan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016. Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah, bermotivasi, berdaya saing dan bertanggungjawab dengan mengadakan slot-slot motivasi dan sebagainya . Selain itu, program ini juga betujuan untuk memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan berpersatuan  dan suasana hidup di bumi Mesir supaya mahasiswa/wi baharu bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di ardul kinanah ini. Seterusnya, program ini diadakan bagi mengeratkan ukhwah antara pelajar baharu dengan  pelajar-pelajar lama khususnya pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini. 7 Oktober 2015, Rabu. Seramai 8 orang pelajar tajaan MAINS telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah yang terdiri daripad...

ZIARAH MAKAM

Image
LAPORAN ZIARAH MAKAM Pada hari Sabtu, 31 Januari 2015 yang lalu bersamaan 11 Rabi’ul Akhir 1436 Hijrah, Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/15 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan telah menganjurkan ziarah makam di sekitar Kaherah. Anak-anak  Negeri Sembilan Kaherah Mesir seramai 45 orang dan 4 buah tremco serta 1 tremco rombongan dari Malaysia telah menyertai program ini.                 Tujuan ziarah makam ini diadakan adalah untuk mengenali ulama’ dan auliyaa’ terdahulu serta menambahkan lagi rasa cinta terhadap mereka. Selain itu, program ini juga dapat saling mengeratkan silaturrahim antara ahli.                 Ziarah bermula pada jam 9 pagi dan dikondusikan oleh Saudara Hafiz bin Zainal Abidin, Kuliah Tahun 4, Lughah, Universiti Azhar. Sebanyak  10 makam utama telah diziarahi antaranya ialah Maq...

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH UMUM BERSEMPENA IMTIHAN

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH UMUM  BERSEMPENA IMTIHAN (BIAH SOLEHAH) Cairo, 25 Disember, Khamis – Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/2015 telah menganjurkan majlis  bacaan yaasin dan tazkirah umum bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Majlis bermula setelah selesai solat maghrib berjemaah bertempat di Dewan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.                 Majlis bacaan yasin dipimpin oleh Ustaz Izzat Qiwamuddin bin Huzaizi. Rintihan doa dipanjatkan agar diberikan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, juga semoga urusan imtihan berjalan dengan lanc a r dan mudah sehingga ke penghujumgnya. Di samping itu, majlis bacaan yasin ini juga bertujuan untuk mendoakan mangsa banjir di Malaysia agar mereka sentiasa kuat dalam diuji dengan cubaan yang berat ini.                 Seterusnya, majlis diterusk...

PERTANDINGAN PIALA PENGERUSI 2014

Image
Pada 5 Disember 2014, Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan di bawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan satu pertandingan sukan bola jaring (akhawat) dan futsal (ikhwah), iaitu program piala pengerusi yang berlangsung di nadi syabab dan  terbuka kepada ahli MTP Negeri Sembilan.      Pertandingan bola jaring bagi peserta akhawat bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 10.00 pagi, manakala pertandingan futsal bagi peserta ikhwah bermula dari pukul 7.30 malam sehingga pukul 11.00 malam.      Pembukaan program Piala Pengerusi 2014 telah dirasmikan oleh Pn.Hjh Hamidah Binti Puteh (ibu), dan penutup bagi Piala Pengerusi 2014   telah dirasmikan oleh Tn,Hj Abdul Hamid Bin Jaman (ayah). Pertandingan bola jaring  bagi akhawat ,berlangsung dengan meriah sekali. Para peserta bermain dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat. Pertandingan bola jaring ini dijalankan secara liga iaitu sebanyak 4 kump...

Program Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM 14/15 & Sijil Penghargaan MTPANSM 13/14, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa

Image
16 NOVEMBER 2014, AHAD -  Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Program ‘Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM sesi 2014/2015 & Sijil Penghargaan MTPANSM sesi 2013/2014, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa dengan meriahnya di perkarangan Dewan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK). Program telah bermula pada jam 7.10 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Zalazfian, Warden Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Al-Ghazalli bin Abdol Malek , disusuli dengan ucapan oleh Saudara Abdul Rahim bin Sabtani, Pengerusi MTPANSM sesi 2013/2014. Beliau berterima kasih dengan pengurusan dan gerak kerja kepimpinan sesi tersebut dan berharap konsistensi program-program ilmiah serta aktiviti yang berasaskan kebajikan mahasiswa dapat diteruskan dan d...