Posts

Laporan Majlis Ramah Mesra YB Khairy Jamaluddin ke Mesir

Image
LAPORAN UMUM MAJLIS RAMAH  MESRA YB KHAIRY JAMALUDDIN Tarikh: 4 Mac 2016 Anjuran: Ahli Jawatankuasa Tadbir, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir.     Bersempena Lawatan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Encik Khairy Jamaluddin ke Mesir, beliau dengan rela hati melawat anak-anak Negeri Sembilan di bumi kinanah ini bagi melihat sendiri keadaan anak-anak Negeri Sembilan yang masih belajar disini.     Pertemuan yang ringkas ini diadakan di Dewan Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dan disertai lebih dari 100 orang mahasiswa-mahasiswi Negeri Sembilan di bumi Mesir.     YB Khairy tiba di perkarangan RNSK pada pukul 10.30 am dengan menaiki kereta Mercedes S-Class yang disediakan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Beliau bersama 6 orang delegasi disambut dengan alunan qasidah yang dimainkan sejurus beliau keluar dari kereta.     Tetamu kemudiannya menandatangani ...

KEMBARA SUFI

Image
KEMBARA SUFI…. (Jauh perjalanan, luas pemandangan)  قُل سِيرُوا فِي الاَرضِ ثُمَ انظُرُوا كَيفَ كانَ عَاقِبَةُ المُكَذِّبِينَ Katakanlah (muhammad) “jelajahilah bumi,kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu”. Surah An’am (ayat 11) فَبِاَيِّ الآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَنِ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Surah Ar-Rahm...

Kursus Adobe Photoshop Fasa 1

Image
Jumaat, 25 Disember 2015 - Exco Teknikal, ICT dan Promosi (ETECH) telah mengadakan Kursus. Adobe Photoshop untuk setiap ahli ETECH, dan semua ajk promosi setiap unit serta exco-exco yang berminat untuk menyertai. Seramai 25 orang pelajar telah berdaftar dan menyertai kursus ini. Kursus ini telah diadakan sebagai langkah awal untuk mendedahkan para exco dan ahli jawatankuasa promosi mereka berkenaan cara menyediakan iklan atau poster yang akan dijadikan bahan hebahan di media sosial seperti Facebook. Selain itu, kusus ini juga bertujuan memberikan pengetahuan berkenaan gerak kerja sinergi antara AJK promosi dan ETECH dalam menyediakan dan menghebahkan sebarang iklan atau promosi daripada unit masing- masing. Seterusnya, kursus ini juga diadakan untuk membentangkan tatacara dan pengurusan untuk menerbitkan iklan atau promosi ke media sosial. Ustaz Ahmad Hazim bin Abdul Mutalib sedang memberikan penjelasan mengenai Adobe Photoshop CS6.         ...

E-MEL ANDA, CERMINAN ANDA

Image
                    Jika kita lihat pada hari ini, perkembangan pesat yang berlaku telah memaksa reformasi dalam cara pertukaran atau penghantaran maklumat dalam kalangan masyarakat umumnya, yang mana jika dahulunya kita perlu bersua muka namun kini hanya perlu duduk di depan komputer sahaja. “Electronic Mail” atau lebih dikenali sebagai semenjak tahun 1993 dengan nama “E-mail” dalam Bahasa Inggeris dan e-mel dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu alternatif pertukaran maklumat berbentuk digital secara maya yang tidak asing lagi dalam kalangan orang yang masih belajar ataupun sudah berkejaya. Penggunaannya yang tidak rumit dan cepat menjadikannya satu pilihan yang tepat bagi digunakan dalam mendepani zaman yang moden ini. Namun seringkali juga kita terdengar bahawa kerana sebuah e-mel, seseorang itu ditertawakan, dikenakan tindakan tatatertib, sehingga mampu menyebabkan rasa malu yang amat sangat kepada ...

CINTA RASULULLAH S.A.W., CINTA TERINDAH

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah s.w.t itu tujuan, cinta Rasulullah s.a.w itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah” Keyakinan kita kepada Allah s.w.t adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah s.a.w. Justeru, Rasulullah s.a.w itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah s.w.t. Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “ Rasulullah s.a.w tidak berkata melainkan wahyu Allah s.w.t.” ( Surah al- Najm 53: 3-4) Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah s.a.w. kerana bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan...

Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016

Image
Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016 7-10 Oktober 2015 - Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan MTPANSM telah menganjurkan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016. Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah, bermotivasi, berdaya saing dan bertanggungjawab dengan mengadakan slot-slot motivasi dan sebagainya . Selain itu, program ini juga betujuan untuk memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan berpersatuan  dan suasana hidup di bumi Mesir supaya mahasiswa/wi baharu bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di ardul kinanah ini. Seterusnya, program ini diadakan bagi mengeratkan ukhwah antara pelajar baharu dengan  pelajar-pelajar lama khususnya pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini. 7 Oktober 2015, Rabu. Seramai 8 orang pelajar tajaan MAINS telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah yang terdiri daripad...

GRAND TANZEEF 2

Image
LAPORAN GRAND TANZEEF 2 RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH 27 Mac 2015, Jumaat – Exco Perumahan, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan mengadakan satu program yang dinamakan Grand Tanzeef. Program ini diadakan secara berkala. Ianya bertujuan membersihkan halaman Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Selain itu, para mahasiswa dan mahasiswi Negeri Sembilan dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terbina. Program ini bermula dengan ketibaan mahasiswa mahasiswi di dataran rumah negeri pada pukul 7.30 pagi. Setelah itu, ianya dibuka dengan bacaan doa yang dialunkan oleh saudara Muhammad Zaid bin Shamsul Kamar. Kemudian, program diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Abdul Hamid bin Jaman, Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan Timur Tengah. Beliau membuka ucapan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang dapat meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Selain itu, beliau juga menceritan kelebihan menjaga kebersih...