PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU 2013/2014
Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) telah
menyambut ketibaan para pelajar baru seramai 32 orang di bawah tajaan Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada 5 November yang lalu. Sehubungan
dengan itu, Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru (PSMB) yang telah dirangka rapi
sebelumnya telah dilaksanakan bermula pada 5 November hingga 8 November 2013.
Objektif
program ini adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah dan
bertanggungjawab selain memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran,
kehidupan dan aktiviti sosial di Mesir serta mengeratkan ukhwah sesama kelompok
siswa dan siswi anak-anak Negeri Sembilan di Mesir.
Bertemakan
“Ukhwah Abadi , Lestari Akal Budi”, agenda tahunan ini dipenuhkan dengan
pelbagai slot-slot menarik dan program-program yang baik yang mampu membantu
para pelajar baru agar lebih bermotivasi dan bersiap siaga untuk menghadapi
kehidupan baru di bumi Anbia’ ini.
Antara
aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 4 hari ini adalah Integrasi
Kuliah, Diskusi Kitab, Taklimat; Kesihatan, Pendidikan dan Keselamatan dan juga
Hari Riadhi. Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti yang telah dirancang
dilaksanakan di luar tempoh pelaksanaan program berikutan sesi kuliah bagi para
pelajar telahpun bermula seawal Oktober yang lalu, antaranya Ziarah Makam,
Jaulah Kaherah dan Jaulah Iskandariah.
Walaupun
PSMB pada tahun ini dilaksanakan dalam tempoh yang singkat berbanding
tahun-tahun sebelumnya, program ini tetap dapat mencapai objektif dan sasaran
yang telah digariskan. Benarlah kata pepatah, “Tegaknya pokok kerana akarnya.” Tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak mustahil bagi kami untuk
merealisasikan pelaksanaan program tahunan ini dengan jayanya. Semoga kesinambungan
yang baik daripada program ini berterusan sehingga tahun-tahun yang mendatang.
Comments
Post a Comment