dijemput kehadiran anak-anak negeri sembilan dapat memeriahkan majlis ini. tempat : Sally Mall tarikh : 10 Oktober 2012 ( Rabu ) masa : Bermula jam 6 petang
*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]* Dukacita dimaklumkan bahawa kelas tafaqquh fiddin pada; 1. Hari Isnin bersama Al Muhaddith Dr Syeikh Mahmud Said bin Mamduh As- Syafie. 2. Hari Jumaat bersama Al Fadhil Ustaz Tariq Jaffri bin Mohd Akbar. Akan ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Harap maklum. Disediakan oleh; Unit Tafaqquh, Exco Dakwah dan Tarbiyah, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak- anak Negeri Sembilan Mesir, 2017/2018.
LAPORAN KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK) 16 Februari 2015, Isnin – Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menghantar satu rombongan delegasi mereka bagi mengadakan pertemuan bersama anak-anak Negeri Sembilan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK). Rombongan delegasi yang diwakili oleh 3 orang jawatan kuasa iaitu Ustaz Muhammad Yusri bin Mazlan, Penolong Mufti Bahagian Aqidah, Ustaz Shuhadak bin Mahmud, Pengerusi Lembaga Masjid Negeri Sembilan dan turut serta, Ustaz Khairul Amal bin Zulkifli, Imam Masjid Hussein, Seremban 2 yang diberi amanah sebagai pegawai pengiring. Sebelum itu, mereka telah pun mengadakan pertemuan bersama anak-anak Negeri Sembilan di Maghribi. Objektif kunjungan rasmi ini adalah tidak lain hanyalah bertujuan untuk mengadakan pertemuan ramah mesra dan perkongsian pengalaman dan ilmu bersama anak-anak Negeri Sembilan di Mesir memandangkan mereka sendiri adalah bekas penuntut di Mesir suatu keti
Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki Tarikh : 21/1/2010 Khamis Lokasi : Dewan SAQAJ, Rumah Negeri Sembilan Kaherah Masa : Selepas Isya' Biografi al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki al-Azhari Hafizahullah. Memberikan sumbangan yang amat besar kepada Umat Islam Malaysia. Pernah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan 1427 Hijriyyah. Pelopor kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Madrasah Husainiah, Madrasah Hasaniah, Pusat Tahfiz al-Quran dan Hadith, Darul Maliki dan penubuhan Universiti al-Azhar (Cawangan Malaysia). Antara kitab-kitab yang pernah beliau mengajar ialah: Tafsir Jalalain, Tafsir Nur al Ihsan, Al Syifa’ bi Ta’rif Huquq al Mustofa, Al Syamail al Muhammadiah, Al Azkar Imam Nawawi, Nasoih al Diniyyah wa al Wasaya al Imaniyyah, Aqidah al Awam, Aqidah Islam Imam al Ghazali, Safinah al Najah, Hikam Ibni Ataillah, Hikam Abi Madyan, Hikam Ibni Raslan, Minhaj al Abidin, Qatr al Ghaithiyyah, T
kecemerlangan.
ReplyDeletesally mall kek mano?
Delete