Jom Jadi Pelajar Muslim Cemerlang!



Kaefa haalukum? Dah bersedia untuk menghadapi imtihan? Di sini terdapat beberapa tips menjadi pelajar cemerlang,dengan lafaz bismillah…jom kita sama-sama praktik dan amalkan..!

1)         Memperbetulkan dan meluruskan niat - iaitu belajar untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

- Dunia adalah tempat persinggahan sebelum menuju kehidupan kita yang sebenar- akhirat, tanpa niat yang soleh dalam setiap amalan kita, maka tiadalah nilainya di sisi ALLAH swt.

Ciri-ciri pelajar yang mempertulkan niat:
- Bersungguh-sungguh dan fokus dalam setiap amalan.
- Tetap menjaga hubungan dengan ALLAH walaupun setelah selesai imtihan dan mengisi waktu dengan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada iman.

Ciri-ciri pelajar yang tidak memasang niat yang soleh:
- Tidak bersungguh-sungguh.
- Setelah selesai imtihan mereka mula melupakan ALLAH dengan melakukan perkara-perkara lagha dan maksiat menonton movie,ikhtilat dan membazir waktu dengan perka-perkara yang tidak berfaedah seperti berfacebook, berjalan-jalan dan shopping tanpa keperluan.

2)         Tahajjud, solat subuh awal secara berjemaah dan aktif di waktu pagi.
 “Berpagi-pagilah dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.”                     
(Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
      Ilmu adalah rezeki yang sangat berharga.Sekiranya mengetahui diri tidak mampu bangun awal subuh sekiranya belajar hingga larut malam, maka pilihlah untuk tidur awal,insyaALLAH bila kita menjaga ALLAH,ALLAH akan menjaga kita. Untuk mengekalkan kesegaran di siang hari,ambil sedikit masa kira-kira 20-30 minit untuk tidur sebentar antara selepas waktu syuruk hingga solat zuhur, elakkan tidur selepas subuh.

3)         Fokus, berfikiran positif,berkeyakinan dan belajar memotivasikan diri.

            - Berusaha untuk khusyuk di dalam solat adalah cara terbaik untuk berlatih fokus semasa bleajar.

- Sentisa yakin “Saya Boleh..!” dan letakkan pergantungan kepada ALLAH dari awal usaha kita hingga akhirnya.

4)         Menggunakan masa sebaik-baiknya dan tidak menagguhkan kerja.

- Susun dengan kemas jadual berdasarkan prioriti dan catatkan aktiviti yang akan dilakukan.
- Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membunuh waktu seperti berlama-lama di hadapan internet,menonton dan tidur melebihi keperluan.
-Belajar untuk melakukan kerja dengan cekap dan cepat.

5)         Prihatin dengan hak-hak yang lain dan membantu mereka yang memerlukan.

- Ada yang memilih untuk tidak mengambil tahu kebajikan orang lain dengan alasan mahu fokus terhadap peperiksaan, tetapi ketahuilah kejayaan bukanlah total kerana usaha kita sebaliknya segala-galanya adalah dari ALLAH. Belajarlah untuk sensitif dengan keperluan sahabat-sahabat kita seperti membantu dalam pelajaran, sahabat yang sakit dan sebagainya. Hak-hak lain juga perlu diberi perhatian seperti kebersihan rumah,jadual memasak dan lain-lain.
Semoga dengan usaha-usaha kita keluarkan untuk menjadi muslim yang cemerlang, ALLAH akan mengurniakan syurga firdaus sepertimana yang DIA janjikan di dalam Surah Mukminun ayat 10 dan 11 :

"Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

Inilah kejayaan yang hakiki. Semoga kita semua memperoleh MUMTAZ yang bukan sekadar mengesani penduduk bumi, tetapi juga seluruh penduduk langit.
Bittaufiq wan Najah….




 Unit  Penulisan
EXCO PENDIDIKAN MTPANSM 2012

Comments

Popular posts from this blog

Lisanul Haq

KALAM TAUJIHAT SEMPENA IMTIHAN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD ABDUN NABIY

Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki