Majlis Sambutan Aidil Adha 2011


Kaherah, 4-6 november 2011,Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Kaherah Mesir,  telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Adha, majlis ini disambut selama 3 hari, mulai hari jumaat, sabtu dan ahad. Majlis ini disertai oleh mahasiswa/wi negeri sembilan.

Hari pertama,majlis dimulai dengan qiamulail berjemaah pada pukul 4.00 pagi bertempat di musolla  Syeikh Abdul Qadir aljailani. Kemudian, solat subuh berjemaah seawal pukul 5.00 pagi..

Kemudian  program diteruskan pada hari kedua dengan program Tadarus Alqu’ran ,yang mana, setiap dari kalangan ikhwah dan akhawat ditaklifkan satu juzuk dan puasa hari arafah . Kemudian sekitar jam 4.30 petang majlis khatam Alqu’ran . Pada jam 5.15 petang majlis diteruskan dengan iftor sughro kemudian solat maghrib berjemaah serta iftor kubro. Sekitar jam 6.25 petang  solat isyak berjemaah dan sedikit kalam tausiah dari ustaz Ahmad Badrul Hisham Syah selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Kaherah Mesir, tidak lupa juga, yang mana ayahanda  Tuan Haji Abdul Malik bin Kahar turut serta memberi sedikit kalam tausiah kepada anak-anak Negeri  Sembilan Mesir. Majlis diteruskan lagi dengan tayangan perdana yang disediakan khas dari Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan kerjasama exco perumahan sempena malam di ambang aidil adha.

Pada hari ketiga program diteruskan lagi dengan qiamulail dikalangan akhawat mengikut  bilik masing-masing, dan  pada paginya sekitar jam 5.00 pagi solat subuh berjemaah, selesai solat subuh berjemaah anak-anak negeri sembilan mula bersiap sedia untuk menunaikan solat sunat aidil adha di masjid sekitar haiyu sabek, yang mana ahlinya sendiri dikalangan orang arab. Selesai menunaikan solat sunat, proses penyembelihan dilakukan, yang mana ia dilakukan dikalangan anak-anak negeri sembilan sendiri(ikhwah). Setelah selesai  penyembelihan, proses melapah pula dilakukan beramai-ramai… Pada sebelah malam pula, merupakan  malam klimaks majlis sambutan aidil adha, antara aktivitinya adalah, pembentangan statistik akademik oleh timbalan pengerusi 1 Ust Ilya Syairazi bin Mazlan, ucapan Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan anak-anak negeri sembilan Kaherah, ucapan Pegawai Negeri sembilan, penyampaian sijil penghargaan kepada adhoc Majlis Kecemerlangan Pelajar 2011, sijil penghargaan bagi Ketua Rumah bagi sesi2010/2011 dan tidak lupa juga penyampaian kad sanah helwah  bagi bulan November dan Disember, turut ditayangkan video malam aidil adha yang disediakan khas oleh Exco Teknikal & ICT. Akhir sekali,majlis berakhir dengan ucapan penutup dari pengerusi majlis serta jamuan makan..labbaikaallah humma labbaik,labbaikka la syarika laka labaik,innalhamda wannikmata laka walmulk,la syarikala…

 







































Disediakan oleh;
Ida Haryani bte muhamad safary
(Timbalan Exco kesenian,kebudayaan dan sukan)










Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki