Sedikit Perhatian

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Perhatian buat sahabat-sahabat yang masih bercuti di Malaysia,

Sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, sahabat-sahabat yang pulang ke Malaysia untuk bercuti dikehendaki pulang ke Mesir sebelum bermulanya sesi kuliah yang baru. Sesi kuliah 2010/11 telah pun bermula secara rasmi. Oleh itu, sekadar peringatan bersama, diingatkan kepada mereka yang masih lagi bercuti agar memendekkan cuti dan segera pulang ke Mesir. Ia juga merupakan peringatan yang pernah dikeluarkan oleh MAINS. Semoga sama-sama dapat mengambil perhatian serius terhadap perkara ini.

Harapan sempena kedatangan sesi yang baru ini membuahkan lagi azam dan semangat baru untuk terus berjuang menuntut ilmu di bumi yang penuh keberkatan ini. Salam kuliah!

p/s: Walaupun raya di Malaysia sebulan penuh, tapi kena ingat juga yang raya di Mesir hanya tiga hari sahaja..

Danial Farhan bin Dolmat,
Ketua Unit Pendidikan
Majlis Tertinggi Pengurusan.

Comments

Popular posts from this blog

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki