MERIAHNYA MAJLIS PERASMIAN!!!

Isnin,22 Jun 2009 - Bermula dari solat maghrib,anak-anak Negeri Sembilan telah berkumpul beramai-ramai di dewan bagi memeriahkan Malam d' Ambang dan juga Majlis Perasmian Hari Keluarga RNSK 2009 .Majlis telah dipengerusikan oleh saudara Zuhairi bin Ismail.Barisan kepimpinan MTP dan juga pegawai RNSK begitu segak berbaju batik manakala barisan AJKT hari keluarga pula dengan baju berkot.Tidak ketinggalan juga anak-anak "negori" yang berpakaian kemas dan sopan mengikut kumpulan masing-masing .Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Sufian Abdullah dan disusuli ucapan dari 3 "orang kuat" hari keluarga RNSK 2009 bermula dari ucapan pengarah program sendiri iaitu saudara Syahir Kadir,ucapan Pengerusi MTP saudara Badrul Hisyam Shah dan akhir sekali ucapan Ayahanda Tuan Hj. Md. Zin bin Abu sekaligus dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim beliau merasmikan Hari Keluarga RNSK 2009. Suasana dewan dimeriahkan oleh pantun dari pengerusi majlis yang begitu petah berbicara dan disusuli gelak ketawa oleh hadirin yang hadir..hahahaha.
Antara yang menarik pada majlis ini aialah simbolik perasmian iaitu sesi menekan keyboard bagi menayangkan slide show berupa tentatif program.Syabas TECHNO CREW!!!Dan pada majlis ini juga watikah perlantikan MTP telah diserahkan oleh pegawai RNSK kepada mereka yang telah dilantik.Tahniah diucapkan.Selepas itu sesi penyerahan watikah perlantikan dan bendera kepada ketua kumpulan masing-masing.Raso-raso eh felda mano monang yo???hehehe.Sebelum majlis berakhir Ketua Unit Disiplin,protokol & Tugas-tugas Khas sempat memberi sedikit taklimat kepada semua peserta dan mengingatkan agar semua dapat mamberi kerjasama terhadap aktiviti yang disusun.Lapar la pulak.Owh beruntungnya kami kerana dapat menyantap mee goreng sebagai acara akhir bagi malam majlis perasmian hari keluarga RNSK 2009.Alhamdulillah kenyang.Akhir kata,bersamalah kita memeriahkan hari keluarga RNSK 2009.jumpa lagi esok..

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki