Posts

[ZIARAH MAHABBAH ]

Image
[ZIARAH MAHABBAH ] Rabu, 25 /04 /2018 -Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir yang dikendalikan oleh Exco Perumahan & Kebajikan MTPANSM telah menziarahi ke rumah Saudara Ahmad Faiz Hafidzi bin Zainal Ariffin. Lawatan ini bertujuan bagi menziarahi saudara Faiz atas penimangan cahaya mata pertama beliau, Ahmad Rayyan. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami dan memberi layanan yang terbaik dan selesa di samping menjalankan tanggungjawab seharian sebagai pelajar dan ibu bapa. Marilah bersama-sama kita menziarahi saudara dan sahabat kita dalam mengukuhkan lagi ikatan silaturahim yang telah terjalin. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Exco Perumahan & Kebajikan MTPANSM 17/18

[IMTIHAN QABUL AL AZHAR]

Image
[IMTIHAN QABUL AL AZHAR] 21 April 2018- Telah berlangsung imtihan qabul untuk mahasiswa Negeri Sembilan baharu yang bertempat di Pusat Bahasa Sheikh Zayed, Hayyu Sadis Madinat Nasr. Ucapan tahniah dan  semoga berjaya  daripada pihak MTPANSM kepada mahasiswa baharu 18/19 dalam memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. "Beriman, Berilmu, Beramal" Disediakan oleh, MTPANSM 17/18

[TUKAR SELEGHO DAN IFTAR JAMAIE]

Image
[TUKAR SELEGHO DAN IFTAR JAMAIE] Khamis, 12/4/ 2018-Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan dibawah kendalian Exco Perumahan dan Exco Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan program "Tukar Selegho dan Iftar Jamaie". Program ini secara umumnya telah melibatkan penyertaan dari semua warga RNSK ikhwah dan akhawat. Tujuan program ini dilaksanakan tidak lain dan tidak bukan untuk menerapkan nilai rukun tetangga sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim. عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ إِنَّ خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصَانِي إِذَا طَبَخْتَ مَرَقًا فَأَكْثِرْ مَاءَهُ ثُمَّ انْظُرْ أَهْلَ بَيْتٍ مِنْ جِيرَانِكَ فَأَصِبْهُمْ مِنْهَا بِمَعْرُوفٍ Dari Abu Dzar beliau berkata: “Kekasihku telah berwasiat kepadaku, jika kamu memasak kuah daging maka perbanyak kuahnya kemudian lihat keluarga tetanggamu dan berikanlah sebagian kepada mereka dengan baik” Tentatif program dimulai dengan setiap ketua rumah diminta untuk mencabut undian bagi menentukan ruma

BAITI JANNATI 2.0

Image
BAITI JANNATI 2.0 Khamis, 12/4/2018 - Exco Perumahan & Kebajikan di bawah anjuran MTPANSM telah mengadakan program Baiti Jannati 2.0 yang merupakan program Kedua semester kali ini untuk program Baiti Jannati. Untuk kali ini, Exco perumahan menfokuskan pada bahagian tandas dan bilik tidur. Ahli RNSK diberi masa selama seminggu bermula 7 hingga 11 April 2018 untuk membersihkan dan menceriakan bahagian yang telah ditetapkan. Kawasan yang diambil kira dari segi kebersihan iaitu lantai, tingkap, beranda dan sawang. Dari segi kekemasan pula merangkumi carta organisasi, susunan barang dan deko rumah. Juri- juri terdiri daripada pegawai rumah Negeri Sembilan, Ustaz Ibrahim bin Noor Azam bersama saudara Firdaus, saudara Hazim , saudari Aisyah dan saudari Adillah Berikut adalah pemenang Baiti Jaannati 2.0: Ikhwah: 1) 6A – 72.86% 2) 8 – 62.12% 3) 7B - 60.48% Akhawat: 1) 3B – 71.79% 2) 4A – 70.79% 3) 5B – 67.16% Tahniah diucapkan kepada pemenang . Untuk *PE

​​[CERAMAH ISRAK & MIKRAJ]​​

Image
[LIVE UPDATE] ​​[CERAMAH ISRAK & MIKRAJ]​​ ​" Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "​ ​[Al Isra’ :1]​ 27 Rejab merupakan salah satu tarikh penting buat kita sebagai Umat Islam di mana telah berlakunya sebuah peristiwa yang dikenali sebagai Israk dan Mikraj. Justeru, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak- anak Negeri Sembilan Mesir di bawah kendalian Exco Dakwah dan Tarbiyah, mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah bersempena dengan Israk dan Mikraj pada butiran berikut; ​Hari : Sabtu​ ​Tarikh : 14 April 2018​ ​Masa : Selepas Maghrib​ ​Tempat : Dewan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, RNSK​ ​Pengisi : Ust Sufian bin Zainuddin​ ​SEMUA AHLI MTPANSM DIJEMPUT HADIR​ " Beriman, Berilmu, Beramal " Disedi

​​[CERAMAH ISRAK & MIKRAJ]​​

Image
​​[CERAMAH ISRAK & MIKRAJ]​​ ​" Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "​ ​[Al Isra’ :1]​ 27 Rejab merupakan salah satu tarikh penting buat kita sebagai Umat Islam di mana telah berlakunya sebuah peristiwa yang dikenali sebagai Israk dan Mikraj. Justeru, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak- anak Negeri Sembilan Mesir di bawah kendalian Exco Dakwah dan Tarbiyah, mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah bersempena dengan Israk dan Mikraj pada butiran berikut; ​Hari : Sabtu​ ​Tarikh : 14 April 2018​ ​Masa : Selepas Maghrib​ ​Tempat : Dewan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, RNSK​ ​Pengisi : Ust Sufian bin Zainuddin​ ​SEMUA AHLI MTPANSM DIJEMPUT HADIR​ " Beriman, Berilmu, Beramal " Disediakan oleh; Exc

[KURSUS PENGURUSAN JENAZAH: TEORI & PRAKTIKAL]

Image
[LIVE UPDATE] [KURSUS PENGURUSAN JENAZAH: TEORI & PRAKTIKAL] Sedang berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah: Teori & Praktikal anjuran Kelab IKRAM Mesir (KIM) dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) dan Asy-Syathibi Center sebagai satu inisiatif untuk membentuk mahasiswa yang tahu dan mampu dalam menguruskan hal ini. "Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian" Apabila kematian seorang muslim menjelang pula, seringkali jenazah tersebut diserahkan sepenuhnya oleh ahli keluarga kepada pihak masjid untuk menguruskannya. Kewajipan mempelajari pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah kepada setiap individu muslim. Perkara ini perlu diketahui oleh setiap ahli keluarga muslim, paling kurang seorang. Tarikh: 13/4/2018 (Jumaat) Masa: 8am-11am Tempat: Dewan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah Penyampai: Ustaz Zulfi Akmal Disediakan oleh, Exco Multimedia & Rekreasi MTPANSM 17/18