Posts

Showing posts from December, 2013

KELAS TUTORIAL SYATIBI FASAL 1

Image
Pada hari Sabtu bersamaan 7 Disember, Kelas Tutorial Syatibi Fasal 1 telah bermula sebagai persediaan kepada mahasiswa & mahasiswi untuk menghadapi peperiksaan yang mungkin akan bermula pada hujung Disember ini. Sehubungan dengan itu, sebanyak 49 madah telah disediakan untuk para mahasiswa dan mahasiswi untuk membantu pembelajaran mereka. Kelas tutorial ini dikelolakan oleh Syatibi Centre dan kebanyakan tenaga pengajar kelas tutorial ini terdiri daripada mahasiswa & mahasiswi yang sedang mengambil Master di Mesir. Selain itu, Kelas Tutorial ini merupakan antara permulaan program Projek MUMTAZ siri ke III sesi 2013/2014. Semoga dengan usaha ini, akan lahir anak-anak Negeri Sembilan yang cemerlang serta boleh memberi manfaat kepada masyarakat. sekitar kelas tutorial 1 sekitar kelas tutorial 2 pensyarah memberi penerangan sekitar kelas tutorial 3 sekitar kelas tutorial 4 sekitar kelas tutorial 5

PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM SEJUK

Image
Bismillahirahmanirrahim…. Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan (MTPANS) di bawah Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan telah menganjurkan satu program jaulah ke Abu Alak pada 27 November yang lalu.  Seramai lebih kurang 50 orang mahasiswa/wi telah mengikuti jaulah ini bertujuan untuk membeli baju sejuk bagi menghadapi musim sejuk yang bakal kunjung tiba. mahasiswi memilih pakaian yang sesuai Para mahasiswa/wi bergerak daripada rumah negeri dengan menaiki dua coster pada jam 6.00 malam dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 7.00 malam.  Jaulah ini telah dihadiri sendiri oleh Tuan Abdul Hamid bin Jaman selaku Pegawai Khas Anak-Anak Negeri Sembilan Timur Tengah .  Para pelajar diberi masa lebih kurang dua jam untuk mencari pakaian pemanas badan di sekitar dataran abu alak.  Pelajar mula berkumpul sekitar jam 9.00 malam untuk bersiap-siap pulang ke rumah negeri.  Jaulah ke Abu Alak berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.  Pelajar selamat tiba ke rumah negeri se

PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU 2013/2014

Image
 Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) telah menyambut ketibaan para pelajar baru seramai 32 orang di bawah tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada 5 November yang lalu. Sehubungan dengan itu, Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru (PSMB) yang telah dirangka rapi sebelumnya telah dilaksanakan bermula pada 5 November hingga 8 November 2013. Objektif program ini adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah dan bertanggungjawab selain memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan dan aktiviti sosial di Mesir serta mengeratkan ukhwah sesama kelompok siswa dan siswi anak-anak Negeri Sembilan di Mesir. Bertemakan “Ukhwah Abadi , Lestari Akal Budi”, agenda tahunan ini dipenuhkan dengan pelbagai slot-slot menarik dan program-program yang baik yang mampu membantu para pelajar baru agar lebih bermotivasi dan bersiap siaga untuk menghadapi kehidupan baru di bumi Anbia’ ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 4