Posts

Showing posts from October, 2012

Puasa Sunat Hari Arafah

Assalamualaikum sahabat-sahabat Ukhwah NS. Moga kita semua di bawah naungan rahmat Allah s.w.t.



"Hari Arafah" (9 Zulhijah) merupakan hari bagi jemaah haji berhimpun di padang Arafah. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, supaya mereka dapat "berwukuf" (yang dipenuhi dengan doa dan istighfar) dengan penuh bertenaga dan tidak letih lesu.

Manakala umat Islam yang tidak berkesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut.


Sabda Rasulullah S.A.W :

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ
صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ رواه مسلم

Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu Baginda menjawab: "Puasa hari Arafah itu menghapuskan dosa yang dilakukan pada tahun yang sebelumnya dan tahun yang ada ini."( Riwayat Muslim)

I…

PERHATIAN!

ETIKA PEMAKAIAN MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENGHARGAAN MAHASISWA/WI 2012 (MKAP) DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWAA/WI BARU 2012/2013 (PSMB)
Berikut adalah piawai pemakaian yang telah ditetapkan dibenarkan semasa MKAP berlangsung :-
EXCO MTP
LELAKI -Baju batik dan jaket MTP -Berkasut -Berpakaian kemas dan menutup aurat
PEREMPUAN -Jubah (warna maroon) -Berkasut -Berpakaian kemas dan menutup aurat
EXCO MKAP DAN PSMB

LELAKI
-Baju batik
-Berkasut
-Berpakaian kemas dan menutup aurat

PEREMPUAN
-Baju kurung/jubah (pink)
-Berkasut
Berpakaina kemas dan menutup aurat

GRADUAN AKHIR

LELAKI
-Kemeja, bertali leher dan berkot.
-Berkasut
Berpakaian kemas dan menutup aurat

PEREMPUAN
-Baju kurung/jubah (biru) dan bertudung biru.
-Berkasut
-Berpakaian kemas dan menutup aurat.

PENERIMA HADIAH

LELAKI
-Baju melayu lengkap dan bersamping
-Berkasut
-Berpakaian kemas dan menutup aurat

PEREMPUAN
-Baju kurung/jubah 
-Berkasut
-Berpakaian kemas dan menutup aurat

PESERTA PSMB 2012/13
LELAKI
-Kemeja dan blazer
-Berkasut
Berpakaian kemas…